Assalamualaikum
sahabat alam maya.. :’’)
Kekok rasanya sebab sudah lama ndak buat entry.
Hihi. Bismillah. By the way, my last
time holiday was such the best reminder .
Because it has been waking me up from the fears and now I am moving on without
any shadows haunting me. 3.7.2013 and
4.8.2013 were the best reminder . The
date, the love and gone…
Aku belajar erti terima, aku belajar erti
redha, aku belajar erti cinta dan kasih sayang sepanjang cuti semester. Aku juga belajar erti persahabatan dan memahami perasaan cemburu
yang positif. Yang ku ingin bagi diriku, jika aku berhadapan seperti mereka,
aku juga idamkan yang lebih baik. Dua tarikh dan tempoh masa yang sangat
extreme bagiku. Kehilangan orang yang kita kasih bukan suatu yang mudah..
Seminggu selepas aku menjejakan kaki dibumi
tercinta, itupun selepas niat ku untuk balik lebih lambat kubatalkan , seorang
insan yang ku kasih sejak kecil pergi buat selamanya.. iya.. atuk menghembuskan
nafas terakhir semasa aku membisikkan kalimah suci ‘lailahaillallah’ . kalimah
yang sangat senang untuk dilafaz tanpa menggerakkan bibir.. ku lihat atuk
mengucap dengan tenang dan hanya sekali hembus, atuk pergi buat selamanya. In
sya Allah nasihat terakhir atuk akan ku simpan dan ku sematkan dalam diri. Atuk pergi sebelum
tibanya Ramadhan (3.7.2013).
Genap sebulan atuk pergi dengan rindu yang terasa, tepat 4.8.2013 nenda
pergi bertemu ilahi. Sempat aku berborak dengan nenek masa tahlil atuk, ku
sedar perubahan yang aku tidak pernah alami dengan mana mana insan lain.
Seperti mimpi… satu demi satu nikmat kasih dan doa mereka buat diriku ditarik
begitu sahaja. Cemburu! Iya, sebab atuk pergi dan sempat mengucap dan nenek
pergi dalam bulan penuh berkat,, bulan Ramadhan.
Suatu
hari dahalu , aku sangat sangat takut akan kehilangan orang orang yang aku
kasihi. Tapi kehilangan ini in sya Allah buat aku lebih beringat. :) Seminggu selepas itu bersamaan 7
syawal, aku digemparkan lagi dengan kehilangan ayahanda kepada sahabat ku. Allah…. Sungguh ujianNya hanya
untuk mereka yang tabah. Terasa baru
semalam aku bersua salam bersalam, bercerita tapi kini mereka sudah tiada. Aku kehilangan
doa doa dari insan yang sebelum ni aku yakin setiap hari mereka titipkan doa
buat diri ku dan teman-teman. Sakit yang terasa itu hanya Allah yang tahu. Bak kata
kawan aku sorang tu, ‘kalau xda ujian, manusia ni dia xkan cari tuhan. Setakat ingat
solat apakan la sejak tu. Never enough la’
. yup, this is LOVE.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------sudah
jgn nangis bagai nak rak… haha! Fuuh! Berpeluh taip entry ni..
Selepas semua
kejadian tu, Allah ni mang adil.. what I wish n ask from my dad 4 years ago..
now I already have it. Thanks Allah.. n thanks ayah for this special gift.
See you
again bloggers.. I’m signing out to finish up my mini thesis. Al-maklumlah
senior sudah kan.tinggal 3 sem lg then convo! Hewhew… doakan aku ya.