Assalamualaikum bloggers,
readers and stalkers (ceh! Word paling last paling out).
Hihi this time I don’t
know what exactly or maybe errmm I don’t know how to express but I’m trying to
make it simple. So yeah, teruskan lah scroll ke bawah ya.
Once upon a time……
Surat buat sahabat. :D
Ada kala air mata itu
mampu menampung segala luahan dan kata-kata. Wahai sahabatku, aku mungkin tidak
setabah kau.. sebab itu, ujian serupa itu tiada dalam kamus hidupku. Setiap
kita juga pasti berhadapan dengan ujian. Yang pastinya, ujian buat diriku
sangatla berbeza dari mu. Tp aku yakin kau juga mampu menghadapinya. Berjalan
dan teruslah berjalan menuju destinasi mu.
Buat sahabat ku,
Coretkan
helaian putih dengan langkah kita,
Biar perancanganNya menjadi titik permulaan,
Takdir mungkin tidak seiring harapan kita,
Takdir mungkin tidak terjangkau hebatnya,
Adapun air mata akan menyembah bumi,
Sematkan ‘itu ujian Allah’,
Biar kisah kita tersimpan kemas,
menjadi fenomena abstrak,
Biar ku simpan lembaran ini,
Dan ingin ku simpul menjadi vokal,
Biar satu saat nanti ku nyanyi seiring alunanNya,
Dan saat itu ku perlu tahu kau juga mengerti.
Wahai sahabat, jika itu yang terbaik, bukala hatimu
untuk menerima. Semoga persahabatan kita kekal sampai ke Jannah. Terima kasih
kerana beri kepercayaan buat diriku untuk menyimpan cebisan-cebisan daripada lipatan
hidup mu ini yang absolutely ada sesuatu yang kita boleh belajar daripadanya
walaupun talian nya jauh nun dari London ke tempatmu semenanjung Malaysia. Walaupun
ko pecahkan janji dgn aku.! :D Haha!
Cant wait to meet you again on January 2014 :D in sya Allah.
With love, me.
No comments:
Post a Comment