simple :)

just to share something....

Monday 30 September 2013



Assalamualaikum sahabat alam maya..  :’’)
Kekok rasanya sebab sudah lama ndak buat entry. Hihi. Bismillah.  By the way, my last time holiday was such the best  reminder . Because it has been waking me up from the fears and now I am moving on without any shadows haunting me.   3.7.2013 and 4.8.2013 were the best  reminder . The date, the love and gone…

Aku belajar erti terima, aku belajar erti redha, aku belajar erti cinta dan kasih sayang sepanjang cuti semester.  Aku juga belajar erti  persahabatan dan memahami perasaan cemburu yang positif. Yang ku ingin bagi diriku, jika aku berhadapan seperti mereka, aku juga idamkan yang lebih baik. Dua tarikh dan tempoh masa yang sangat extreme bagiku. Kehilangan orang yang kita kasih bukan suatu yang mudah..

Seminggu selepas aku menjejakan kaki dibumi tercinta, itupun selepas niat ku untuk balik lebih lambat kubatalkan , seorang insan yang ku kasih sejak kecil pergi buat selamanya.. iya.. atuk menghembuskan nafas terakhir semasa aku membisikkan kalimah suci ‘lailahaillallah’ . kalimah yang sangat senang untuk dilafaz tanpa menggerakkan bibir.. ku lihat atuk mengucap dengan tenang dan hanya sekali hembus, atuk pergi buat selamanya. In sya Allah nasihat terakhir atuk akan ku simpan dan  ku sematkan dalam diri. Atuk pergi sebelum tibanya Ramadhan (3.7.2013).

Genap sebulan atuk pergi  dengan rindu yang terasa, tepat 4.8.2013 nenda pergi bertemu ilahi. Sempat aku berborak dengan nenek masa tahlil atuk, ku sedar perubahan yang aku tidak pernah alami dengan mana mana insan lain. Seperti mimpi… satu demi satu nikmat kasih dan doa mereka buat diriku ditarik begitu sahaja. Cemburu! Iya, sebab atuk pergi dan sempat mengucap dan nenek pergi dalam bulan penuh berkat,, bulan Ramadhan.
               
         Suatu hari dahalu , aku sangat sangat takut akan kehilangan orang orang yang aku kasihi. Tapi kehilangan ini in sya Allah buat aku lebih beringat.  :) Seminggu selepas itu bersamaan 7 syawal, aku digemparkan lagi dengan kehilangan ayahanda kepada  sahabat ku. Allah…. Sungguh ujianNya hanya untuk mereka yang tabah.  Terasa baru semalam aku bersua salam bersalam, bercerita tapi kini mereka sudah tiada. Aku kehilangan doa doa dari insan yang sebelum ni aku yakin setiap hari mereka titipkan doa buat diri ku dan teman-teman. Sakit yang terasa itu hanya Allah yang tahu. Bak kata kawan aku sorang tu, ‘kalau xda ujian, manusia ni dia xkan cari tuhan. Setakat ingat solat apakan la sejak tu. Never enough la’  . yup, this is LOVE.  
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------sudah jgn nangis bagai nak rak… haha! Fuuh! Berpeluh taip entry ni..
 
Selepas semua kejadian tu, Allah ni mang adil.. what I wish n ask from my dad 4 years ago.. now I already have it. Thanks Allah.. n thanks ayah for this special gift.
See you again bloggers.. I’m signing out to finish up my mini thesis. Al-maklumlah senior sudah kan.tinggal 3 sem lg then convo! Hewhew… doakan aku ya. 

p/s= A scientist will never do ‘sampah’ as their thesis, are the true scientists.-DR.Harry.  Thanks everybody and thanks jg DR sbb byk kali mereject dan menyampah dengan our mini starting thesis. haha! :)