simple :)

just to share something....

Sunday 1 December 2013



Assalamualaikum bloggers, readers and stalkers (ceh! Word paling last paling out).
Hihi this time I don’t know what exactly or maybe errmm I don’t know how to express but I’m trying to make it simple. So yeah, teruskan lah scroll ke bawah ya.
Once upon a time……
Surat buat sahabat. :D
Ada kala air mata itu mampu menampung segala luahan dan kata-kata. Wahai sahabatku, aku mungkin tidak setabah kau.. sebab itu, ujian serupa itu tiada dalam kamus hidupku. Setiap kita juga pasti berhadapan dengan ujian. Yang pastinya, ujian buat diriku sangatla berbeza dari mu. Tp aku yakin kau juga mampu menghadapinya. Berjalan dan teruslah berjalan menuju destinasi mu.
Buat sahabat ku,
 Coretkan helaian putih dengan langkah kita,
Biar perancanganNya menjadi titik permulaan,
Takdir mungkin tidak seiring harapan kita,
Takdir mungkin tidak terjangkau hebatnya,
Adapun air mata akan menyembah bumi,
Sematkan ‘itu ujian Allah’,
Biar kisah kita tersimpan kemas,
menjadi fenomena abstrak,
Biar ku simpan lembaran ini,
Dan ingin ku simpul menjadi vokal,
Biar satu saat nanti ku nyanyi seiring alunanNya,
Dan saat itu ku perlu tahu kau juga mengerti.

Wahai sahabat, jika itu yang terbaik, bukala hatimu untuk menerima. Semoga persahabatan kita kekal sampai ke Jannah. Terima kasih kerana beri kepercayaan buat diriku untuk menyimpan cebisan-cebisan daripada lipatan hidup mu ini yang absolutely ada sesuatu yang kita boleh belajar daripadanya walaupun talian nya jauh nun dari London ke tempatmu semenanjung Malaysia. Walaupun ko pecahkan janji dgn aku.!  :D Haha! Cant wait to meet you again on January 2014 :D in sya Allah.
                                                                                          With love, me.